Pendaftaran Bengkel Nama Alamat Email H/P No. Tempat Bengkel
NUKILAN IDEA
PROGRAM FPAM





AzizCFP sebagai Pensyarah di
IFP Program -
Pada 12/4/08
Topics 3, 4 & 5

sekitar bengkel AzizCFP.com

testimonial


Assalamualaikum,


Saya mula menyusun perbelanjaan saya sejak hari pertama saya kerja lagi, ye lah sebab dari kecik tengok family susah. Jadi saya belajar la (paksa diri) simpan duit gaji saya tiap-tiap bulan. Alhamdulillah lepas 7 tahun ada la simpanan sikit-sikit jejak juga RM20K dalam ASB tu. Cuma masa ni saya dah ada la buat silap sikit-sikit, yelah kata org gaji dah naik, dah pandai pakai kad kredit sikit-sikit tapi takdelah sampai beribu hutang kad kredit saya, ratus-ratus je. Lepas tu hutang personal loan dan hutang ASB loan. Masa ni ingat buat ASB loan tu untung.


Kalau nak ikutkan tak de masalah kewangan sangat pun saya ni. Cuma kalau tak de dividen ASB tu. Ada sempit sikitlah nak berbelanja, bajet ketat kata orang. Lepas tu sepupu saya duk bising ajak saya pegi bengkel revolusi kewangan kelolaan En. Faizal (dah tak ada dah bengkel ni), masa tu bengkel buat kat Shah Alam, duduk la dengar Abg Aziz punya penerangan dan briefing pasal ASB dan apa yang kita boleh buat dgn ASB. Saya rasa bagus jugak kalau boleh guna duit bank untuk kita belanja (tapi belanja ikut kemampuan macam biasa la).


Saya terus je pegi jumpa Abg Aziz selang seminggu kalau tak silap saya masa tu. Masa tu la baru tau ASB loan tak untung, dan itu perkara pertama yang saya buat esok harinya, lepas tu Abg Aziz ajar cara nak maksimakan simpanan dalam ASB gunakan alat-alat kewangan yang bank offer pada kita. Sebab saya tak de masalah kewangan sangat kata dia masa tu. Saya masa tu ikut je, yelah nak belajar kata orang. Alhamdulillah gaji saya sebulan bersih RM1000 je, campur tolak sana sikit.. sini sikit.. seronok jugak bila Abg Aziz tunjuk yang saya boleh simpan RM1100 tiap-tiap bulan. Tapi tu tak masuk lagi duit dari pendapatan sampingan saya yang tak menentu. Kalau masuk duit tu kadang2 boleh simpan RM2000 jugak sebulan.


Lepas 10 bulan nie.. hutang ASB loan dgn Maybank dah tak ada, hutang personal loan, saya tak bayar guna duit saya, hutang kad kredit pun dah tak ada dan duit simpanan dalam ASB saya dah berganda jadi 3X ganda dari jumlah asal simpanan yang saya buat selama 7 tahun tu. Target saya nak penuhkan ASB dalam beberapa tahun terdekat ni. InsyaAllah.


- Wahidan -





Kami berumur awal 30-an, telah mendirikan rumah tangga selama 9 tahun dan kini mempunyai tiga orang anak. Semenjak mendirikan rumahtangga kami sangat beringat dalam berbelanja dan tidak mengamalkan konsep berhutang kecuali bagi perkara yang benar-benar perlu seperti kenderaan dan rumah. Selama 5 tahun sebelum berjumpa En Aziz, kami sentiasa mencari sesuatu cara yang meyakinkan untuk menambah simpanan kami bagi menjamin kewangan yang mantap demi untuk memastikan keperluan kewangan kami sentiasa berjalan lancar pada masa-masa diperlukan serta untuk pendidikan anak-anak dan simpanan hari tua kami terjamin terutamanya selepas bersara nanti. Perkara-perkara ini merupakan matlamat kewangan kami yang utama. Namun setelah beberapa tahun menjana pendapatan, kami masih berasa tidak selamat dari segi kewangan kerana simpanan yang terhad dimana ia adakalanya terpaksa digunakan untuk memenuhi keinginan materialistik atau kerana kenaikan harga barang keperluan/minyak yang menyebabkan perbelanjaan yang telah dirancangkan tersasar. Untuk berbelanja besar, kami terpaksa mengorbankan simpanan yang tidak seberapa adanya. Orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit tetapi kalau dari tahap busut pun sudah sukar untuk dikekalkan, apatah lagi untuk sampai ke tahap bukit. Sudah tentu akan mengambil masa yang lama.



Dengan izin Allah, pada bulan September 2006, suami saya telah menerima emel dari rakan sepejabat yang memberi maklumat tentang bengkel kewangan yang dianjurkan oleh Azizcfp. Pada mulanya saya agak ragu kerana sebelum ini kami telah pernah mencuba berbagai cara untuk menambah pendapatan dalam bentuk simpanan samada melalui pelaburan (komoditi/ amanah saham/ internet/ produk insuran) atau melalui perniagaan MLM. Namun kesemua cara tersebut tidak memberi hasil seperti yang kami harapkan. Kami meneliti maklumat yang diwartakan di laman web Azizcfp. Maklumat latar belakang En Aziz Ibrahim sebagai seorang perancang kewangan yang bertauliah merupakan tarikan utama kami untuk pergi mengikuti bengkel yang dianjurkan. `Method' atau cara yang digunakan oleh En Aziz untuk mencapai matlamat kewangan sangat praktikal tetapi menuntut komitmen yang jitu daripada pelaku/pembuat/klien. Model AJIT sepertimana maksudnya, Amanah, Jujur, Ikhlas dan Telus, menjanjikan penyelesaian masalah hutang dan menyediakan tatacara atau pelan yang teratur bagi sesiapa yang ingin mencapai matlamat kewangan mereka dalam tempoh yang tertentu. Selama setahun lebih mendapatkan khidmat nasihat Encik Aziz (bermula daripada November 2006 sehingga kini), kami telah dapat merealisasikan beberapa matlamat walaupun ada di antaranya adalah di luar jangkaan kami sendiri. Contohnya seperti dapat menyimpan 40% daripada pendapatan bersih setiap bulan, dapat membawa keluarga bercuti setiap tahun dan memiliki dua buah kenderaan buatan luar negara. Sebelum ini, simpanan kami tidak mencapai pun 10% daripada jumlah pendapatan kami berdua selama sebulan. Apabila kami mula-mula dapat menyimpan sehingga 3 angka, kami seolah-olah tidak percaya akan kemampuan kami tersebut. Ditambah pula dengan kemampuan kami membeli sebuah MPV buatan luar negara selepas hanya tidak kurang daripada 5 bulan kami menyertai program pengurusan kewangan yang disediakan oleh En Aziz, lagi bertambah bersemangat untuk kami meneruskan program ini. Sebelum ini kami hanya berangan sahaja kerana menyedari akan kemampuan kami berdasarkan cara kami menguruskan kewangan sendiri. Syukur di atas rezeki yang Allah berikan, pada akhir tahun 2007, simpanan kami sudah bertambah kepada suatu jumlah yang agak sukar kami fikirkan buat masa sekarang jika kami masih berada pada tahap dulu. Dengan izin Allah, kami yakin matlamat kewangan kami akan tercapai sebelum kami mencapai umur persaraan kami kerana kami berdua komited untuk terus menggunapakai ilmu dan nasihat yang telah diberikan oleh Encik Aziz.


Sebahagian manfaat yang kami perolehi sepanjang mengikuti pelan perancangan kewangan yang disediakan oleh Encik Aziz untuk kami, disini kami ingin berkongsi bersama rakan-rakan baru:

  1. Kita mesti mempunyai matlamat hidup termasuk matlamat kewangan dan matlamat tersebut perlu direkodkan untuk memudahkan proses pemantauan;
  2. Kita mesti komited untuk merealisasikan impian kita kerana sememangnya tiada jalan mudah untuk berjaya;
  3. Memupuk sikap mempercayai antara satu sama lain dikalangan pasangan masing-masing iaitu suami dan isteri dalam memastikan pelan perancangan kewangan berada di landasan yang betul bagi yang ingin mengikutinya;
  4. Memupuk sikap menghargai usaha yang dilakukan untuk mencapai matlamat pada sesuatu masa. Sememangnya kejayaan yang diperolehi hasil usaha sendiri lebih bermakna;
  5. Memupuk sikap berjimat-cermat kerana kita akan menjadi lebih peka dengan perbezaan harga barang keperluan serta dapat mengasingkan antara perbelanjaan perlu setiap bulan dengan perbelanjaan yang kurang penting;
  6. Memupuk sikap Amanah, Jujur, Ikhlas dan Telus dalam diri;
  7. Menghormati konsep hak yang telah ditandatangani di dalam kontrak pelantikan penasihat perancang kewangan; serta
  8. Sentiasa berusaha, bersabar, berdoa dan bersyukur akan segala apa yang kita nikmati dan usahakan.


Kesimpulannya, dalam menghadapi cabaran hidup yang lebih materialistik ini, kebanyakan orang berkejar-kejar untuk mendapat kekayaan ala mee segera. Namun, kami percaya bahawa kekayaan dan kesenangan hidup untuk tempoh masa yang panjang sukar untuk dibina dalam tempoh masa yang singkat. Model AJIT boleh mengubah status kehidupan sesiapa yang ingin mempercayai dan yakin dengan keberkesanannya, tetapi dengan syarat ia diuruskan menurut nasihat Encik Aziz sendiri. Kami telah merasai kesenangan kerana rasa percaya dan yakin kepada model AJIT dan kami tidak ragu-ragu untuk menyatakan bahawa ia adalah satu alat yang berkesan untuk mengurus dan merancang kewangan dengan bijak. Kini kami berasa lebih yakin dalam menguruskan perbelanjaan kami seharian serta bertambah bersemangat dalam membuat persediaan kearah matlamat kewangan kami seperti yang telah dinyatakan di atas tadi memandangkan jaminan yang telah dibuktikan melalui program pengurusan kewangan kami yang terancang.


Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada En Aziz dan Kak Lin sekeluarga di atas usaha anda menjalankan memberikan khidmat nasihat ini. Secara tidak langsung, ia telah memberi peluang kepada golongan bumiputera untuk membuktikan bahawa bumiputera juga boleh berada setaraf dengan bangsa lain yang berjaya. Perlu diingatkan, program ini tidak menjadikan anda kaya-raya seperti menjalankan perniagaan contohnya MLM. Cuma ia akan memberikan anda pengetahuan bagaimana cara menguruskan kewangan secara berhemah dan dengan pendapatan kita sekarang kita mampu mencapai matlamat kewangan kita tanpa berhutang.


Seperti kata pepatah, `hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih'. Kepada yang rakan-rakan yang baru mencuba, teruskan usaha serta senantiasa berdoa kepadaNya supaya segala urusan dipermudahkan dan mudah-mudahan matlamat kewangan anda juga akan tercapai, insyallah.


Sekian, wassalam.

Ikhlas dari,

MOHD ROSLI SALIM & NORAZLENA MD IDERIS

 






Dilesenkan di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai Perancang Kewangan/ Penasihat Pelaburan Suruhanjaya Sekuriti No. Lesen: CMSL-I/A0001/2007.