azizcfpx.com

Matlamat Anda Hala Tuju Kita
It is currently 15 Dec 2017, 04:33

All times are UTC + 8 hours




Post new topic Reply to topic  [ 23 posts ]  Go to page 1, 2, 3  Next
Author Message
 Post subject: cerita dari mukah
PostPosted: 01 Jul 2009, 18:06 
Offline

Joined: 01 Jul 2009, 17:42
Posts: 47
Selama ini saya hanya memerhati dari jauh perjalanan forum ini. Kadangkala tergelak membaca komen2 di dalam forum ini..
Sebagai permulaan,biar saya perkenalkan diri. Saya din,dari Mukah. I’m very sure kak lin and abg aziz amat kenal pada nama ini.

Mungkin ada yg tertanya2 knp baru sekarang saya ingin berkongsi cerita dgn rakan2 di sini sedangkan saya telah pn selamat melalui cms1.

Hakikatnya,tujuan saya hanya ingin berkongsi cerita perjalanan saya menyertai Model AJIT ini. Seawal Julai 2008 saya telah mula diperkenalkan dengan model AJIT ini oleh seorang sahabat dari Dungun. Pada awalnya,saya dan isteri merasakan ia adalah perkara yang GILA dan TIDAK MASUK AKAL!!!Namun setelah memahami dgn lebih jelas fungsi OD melalui research yg dilakukan oleh isteri,secara perlahan-lahan kami yakin ia boleh membantu kami. lagipun lepas tengok mereka punya income ASB barulah saya lebih positif.

Tidak dapat dinafikan ramai yang merasakan kakitangan awam yg bertugas di Sabah dan Sarawak lebih mashuk income,tp hakikatnya kami tetap juga dihimpit dgn beban hutang kad kredit sebab hanya kad kredit la yg terpaksa kami gunakan utk membolehkan kami pulang semenanjung. Nak tunggu saving,hm…living cost di mukah ni boleh tahan gak tingginya..Sememangnya tiket waran diberikan kepada kami,namun ia tidak akan mampu meliputi pelbagai perbelanjaan luar jangka. (dulu tiket hanya sekali 2 tahun saja.. :ugeek: .. tak campur lagi emergency)

Maka pada Disember 2008 kami berpeluang bertemu dgn kawan yang dah jauh maju ke depan dgn OD nya.. Kesempatan yg ada kami gunakn sebaik-baiknya utk mengetahui dgn lebih mendalam model ini. Kebetulan pada masa yg sama PL saya telah diluluskan dimana kesemua duit PL yg saya dpt sy gunakan utk menyelesaikan hutang kereta,hutang kawen(heheheh),hutang asb isteri…

Berbekalkan penerangan yg diberikan oleh sahabat kami td,kami menggagahkan diri ke sibu,kira- 200km dari mukah kerana hanya di sibu terletaknya PNB dan RHB. Perjalanan dari mukah ke sibu mengambil masa 1hari utk pergi dan balik walaupun kami menggunakan jalan darat or naik bot. kami berpegang pada kata2 bkn senang nk senang..maka pada januari 2009,kami memulakan ‘penjelajahan’ kami.

Namun cabaran utk kami bkn takat di situ. Akibat beberapa masalah birokrasi dan teknikal,urusan di PNB hampir gagal mencapai matlamat. Mujur juga kami mendapat layanan yg sangat baik dari staf rhb sibu..

Alhamdulillah,pertengahan Feb 2009 OD telah diluluskan. Maka kami pn cuba ‘bermain-main’dgn OD kami kerana kami perlu tahu apakah method terbaik utk kami gunakan sementelah keadaan yg serba kekurangan di sini. berdasarkan simulasi yg ada dalam web dan juga info2 yg ada dlm forum ni, kami buat banyak eksperimen try n error.. ;).. yelah, we must expect unexpected..

Proses mencari method terbaik utk menjalankan od di mukah tidak semudah yg disangka. Pernah duit utk belanja kami hanya dapat digunakan selepas hampir 3minggu di bank in. alasan outstation cheque. Rasa hilang akal juga dibuatnya,namun ia memberi pengajaran kepada kami iaitu kalau ada outstation cheque,jgn guna bank rimau.. dia akan float 9 working days!!! xcaya?? try la.. hahahah (akaun rimau saya branch batu pahat, cek rhb sibu, bank-in dlm bank rimau mukah)..kira2 macam cek dari mukah gi sibu then ke k.l dulu, turun batu pahat baru duit ada..

Namun Allah maha penyayang. Dia tunjukkan kami jln dimana dgn menggunakan bank rakyat,walaupun outstation cheque,float hanya 2 hari. Malah kalau melakukan IBG di kaunter sblm 12tghari, insyaallah duit kita akan dimasukkan pada hari yg sama. Malah kegigihan kami juga berbaloi kerana pada penghujung mac,permohonan ocbc pc saya telah diluluskan dgn kredit limit 9.5k! (mau x gigih, kena convincekan gila2 kalau tak jgn harap la nak dapat haha)

Dari feb hingga mac,kami bermain2 dgn segala tools dan method yg ada.. malah mengambilkira kos yg perlu dikeluarkan utk semua itu krn Bandar terdekat dgn kami lebih kurang 13km.

Alhamdulillah,pada 9april saya dapat menghadiri sesi bengkel bersama abg aziz dan pd 10april pula telah dilakukan 2 sesi serentak. Memandangkan kes kami special,maka hampir semua transaksi dilakukan menggunakan internet. malah,,saving ke dalam ASB pun menggunakan maybank2u (walaupun sakit ati,tp tpaksa guna gak sbb rhb lom ada offer lg facility ni). Kami Cuma perlu update buku asb isteri sebelum sesi cms…heheheh

Berbicara mengenai cabaran,mungkin kami agak bernasib baik kerana urusan PL yg menjadi tonggak utama kelancaran OD kami dpt diselesaikan dalam masa xsampai 2minggu. Namun masalah-masalah dan kekangan lain yg kami hadapi,mmg susah nk diterangkan. Mungkin rakan2 perlu datang ke mukah utk memahami masalah yg dihadapi…hehehe

Walaupun kami masih baru dlm system ini,namun dgn niat ikhlas,kami turut perkenalkan model ini kepada sahabat kami. Alhamdulillah mereka berdua telah pun selamat melalui sesi od an mungkin masih berdebar2 utk mengetahui apakah cabaran yg bakal dan akan mereka hadapi kelak.

Btw,sepanjang menjalankan od,segala urusan pembayaran bil dilakukan menggunakan od internet banking dan juga bank rakyat melalui http://www.irakyat.com.my Jgn terperanjat,caj fund transfer di irakyat hanya rm0.50 (bgantung pd jumlah fund)

Hm..kalau ikutkan,byk lg nk cerita. Tp black out lak kepala. Kepada abg aziz dan kak lin,terima kasih bebanyak!!!

walaupun baru di tahap permulaan dan masih ada hutang PL, kami macam tak percaya dapat membuat simpanan yang belum tentu dapat dibuat sebelum ni...

--- perjuangan baru bermula ---

_________________
|| jangan engkau menangis kerana tidak berkasut sehingga engkau melihat orang lain tidak berkaki ||


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: cerita dari mukah
PostPosted: 02 Jul 2009, 15:52 
Offline

Joined: 02 Jul 2009, 15:43
Posts: 10
wah menarik cerita din mukah ni, dari apa yang saya faham di sini, din bermula sebelum berjumpa dengan En. Aziz? hebat ni..... seperti jugak din saya mula2 tau pasal program en. aziz ni dari Dungun, agaknya tentu orang Dungun dah ramai yang bebas hutang dan hidup senang sekarang ni. Btw boleh tanya sikit tak din, dah brp banyak saving skrg ni... :P share2 lah din, at least bagi semangat kat kengkawan kat sini


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: cerita dari mukah
PostPosted: 03 Jul 2009, 17:35 
Offline

Joined: 01 Jul 2009, 17:42
Posts: 47
xla byk sgt..nama pun baru start..tp tiap bln svg lbih byk la dr gaji bersih...hehehe...alhamdulillah... :lol:

_________________
|| jangan engkau menangis kerana tidak berkasut sehingga engkau melihat orang lain tidak berkaki ||


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: cerita dari mukah
PostPosted: 03 Jul 2009, 19:35 
Offline

Joined: 23 Mar 2009, 19:13
Posts: 27
walaupun baru di tahap permulaan dan masih ada hutang PL, kami macam tak percaya dapat membuat simpanan yang belum tentu dapat dibuat sebelum ni...[quote][/quote]

Din,
Saya pun sama. Tak percaya kalau sekrg saving dah xx,xxx dlm masa 3 bln. Jika sblm ni saving ZERO, jutaan terima kasih pd En Aziz yg memberikan jalan pd kami yg berhutang.


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: cerita dari mukah
PostPosted: 03 Jul 2009, 22:47 
Offline

Joined: 01 Jul 2009, 17:42
Posts: 47
uMMu wrote:
Btw boleh tanya sikit tak din, dah brp banyak saving skrg ni... :P share2 lah din, at least bagi semangat kat kengkawan kat sini


:roll: :roll: :D senang cerita masuk bulan ke 4 ni, saving saya lebih kurang sama dengan saving yg saya penah buat 4 tahun lepas hehehe..

saving sekarang (4 bulan) = saving dulu (kumpul 4 tahun)..

macam xpercaya.. tapi tula kebenarannya..

bayangkan kalau dulu, asal nak balik kampung je jadi bengkok n pening nak roll duit..

_________________
|| jangan engkau menangis kerana tidak berkasut sehingga engkau melihat orang lain tidak berkaki ||


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: cerita dari mukah
PostPosted: 03 Jul 2009, 23:30 
Offline

Joined: 14 Jun 2009, 23:29
Posts: 65
saya rasa abg din mukah dan isteri mesti kuat iman dan tabahkan..dr segi jln cerita macm senang jerr..tapi susahnya diri sendiri yg tau..berdsrkan cerita dr mukah saya dah mula dapat byg apakah yang perlu dipersediakan utk mencapai matlamat..cabaran saya yg pertama adalah kesabaran menunggu calling dr klin@en aziz utk first date saya..kesabaran menunggu tarikh penuh dgn debaran d ketakutkan..takut kalo x diterima jd ahli model ajit... :roll: ..saya pun dpt tau dr org kawsn dungun jugak..pasti diorg hidup dlm zon BEBAS HUTANG :D ...yg penting hidup melayu..


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: cerita dari mukah
PostPosted: 04 Jul 2009, 15:14 
Offline

Joined: 01 Jul 2009, 17:42
Posts: 47
DdAini wrote:
Assalamualaikum....

xdeenxmukah, saya rasa saya kenal awak nie.....
Salah seorang perserta seminar Perancangan kewangan & bebas hutang AzizCFP di JB pada bulan Disember 2008 yang lalu.

:lol: :lol:

april 2009 kat utm technopark hehehe... pas PFF n OD session keesokan harinya, terus cabut balik kl n next day balik mukah hehehe.. dan2 bulan tu terus stat AJIT..

wife saya kata bukan model AJIT tapi SAJIT.. tambah S kat depan..
S - SABAR or omputeh kata STRUGGLE heheh
(jgn marah eh abg aziz n kak lin)..

cerita bertulis dengan pengalamn sebenar memang payah nak kata.. mmm sbb tu kami tambah SABAR tu.. pasal kami rasa susah2 org kat semenanjung nak dapat date app, susah lagi kami nak menyetelkan urusan bank.. app. cerita lain lak huhuhu.. yang paling penting belajar n ikut apa yg diajar.. walaupun kita diajar oleh abg aziz, jgnla kita ni jadi pemalas nak belajar ilmu tambahan.. sebab konsep menuntut ilmu ni, guru akan memberikan laluan, selebihnya anakmurid kena cari/ belajar.. baru ilmu bertambah berkat dan lekat kat kepala heheheh

tapi bila kita dah ada niat dan niat itu baik, Insya Allah jalan diberikan.. tinggal lagi lambat atau cepat je la..mcm sesi cms1 aritu pun sebab saya outstation +- 1 bulan..

utk cms2, abg aziz dah setkan selepas raya Insya Allah.. dah tengok2 dlm web, ada lak bengkel kat kuching, maybe kami bertiga (saya & 2 kawan lain) ke kuching utk sesi cms:)..

yang paling penting sekarang, kami pun dah nak join rakan2 yg lain utk melangsaikan hutang piutang.. (WAJIB TU>>> kang dikira masa akhirat)

"SENANG NAK SUSAH, SUSAH NAK SENANG"..

_________________
|| jangan engkau menangis kerana tidak berkasut sehingga engkau melihat orang lain tidak berkaki ||


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: cerita dari mukah
PostPosted: 06 Jul 2009, 10:55 
Offline

Joined: 02 Jul 2009, 15:43
Posts: 10
Alhamdulillah, mudah2an program Aziz Ibrahim ini dapat diteruskan sampai bila2, sekurang2nya dapat selamatkan diri dari kena bunuh @ dera dengan Ah Long :D. Tak kiralah kalau ada yang mengata En. Aziz makan duit ke apa.. janji dia dah bantu kita yang sekian lama bermasalah. Kalau tak kerana program En. Aziz ni, nak pecah jugak kepala memikir cara mana nak simpan duit...Apalah nak berkira sangat dengan fee yang dikenakan jika dibandingkan dengan ilmu yang diberikan, betul tak? Sama ada kita sedar atau tidak, saya percaya setidak-tidaknya program ni pernah menyelamatkan rumahtangga yang berantakan angkara hutang dan ekonomi yang tidak stabil. :)


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: cerita dari mukah
PostPosted: 10 Jul 2009, 15:41 
Offline

Joined: 01 Jul 2009, 17:42
Posts: 47
hm..wallahualam..semuanya Allah dh tntukan. cuma kita sbgai manusia wajib berusaha utk menanganinya. selalunya apa yg jd TAK AKAN mngikut apa yg kita nak,bila jd mcm tu,cuma kesabaran,usaha dan tawakal mnjadi senjata ampuh..
kadang2 kita igt kita telah terlalu susah dan mratap mengapa sebegini nsib yg menimpa kita sdangkan kita tdk sdar,apa yg kita ada adalah jauh lebih baik dr apa yg org lain ada. bsyukur tp trus berusaha utk maju.

moga dijauhkan la pulak bala umahtangga berantakan,sombong,takbur dll bila dh senang..maklumlah,,bila makin sng makin kuat Allah uji kita..sentiasa beringat ye kwn..wallahualam...

_________________
|| jangan engkau menangis kerana tidak berkasut sehingga engkau melihat orang lain tidak berkaki ||


Top
 Profile  
 
 Post subject: Re: cerita dari mukah
PostPosted: 11 Jul 2009, 15:11 
Offline

Joined: 14 Jun 2009, 23:29
Posts: 65
salam....abg deen n kak ummu

yette pun dah berjanji ngan husband bila dah berjaya projek ni x payahlah suami susah pyh siang malam pergi tusyen semata2 utk memenuhi keperluann kami sekeluarga idup di kl..jadi dptlah kami sekeluarga meluangkan masa bersama dan lebih bermakna... :roll: :geek:


Top
 Profile  
 
Display posts from previous:  Sort by  
Post new topic Reply to topic  [ 23 posts ]  Go to page 1, 2, 3  Next

All times are UTC + 8 hours


Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 3 guests


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot post attachments in this forum

Search for:
Jump to:  
cron
Powered by phpBB © 2000, 2002, 2005, 2007 phpBB Group